Pengurusan aset awam Pengurusan_aset

Pengurusan aset awam memperluaskan takrifan Pengurusan Aset Perusahaan (“Enterprise Asset Management –EAM”) dengan menggabungkan pengurusan semua hal yang mempunyai nilai kepada bidang kuasa perbandaran dan jangkaan rakyatnya.

EAM memerlukan pendaftaran aset (inventori aset dan cirri-ciri mereka) yang digabungkan dengan Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer . All public assets are interconnected and share proximity, and this connectivity is possible through the use of GIS . Semua aset awam saling berkait dan berkongsi kedudukan, dan kaitan ini boleh didapati melalui penggunaan GIS .

Pengurusan aset awam yang berteraskan GIS memastikan data piwaiai dan membolehkan saling boleh kendali, memberikan pengguna keupayaan untuk menggunakan semula, menyelaras, dan berkongsi maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan.

Di Amerika Syarikat piawaian de facto GIS adalah Esri GIS untuk utiliti dan majlis perbandaran. Pelantar Esri GIS menggabungkan keseluruhan pengurusan aset samaada aset fizikal "keras" dan aset "lembut" telah membantu menyingkirkan fingsi perbandaran berstruktur terasing tradisional

Sementara aset keras biasanya fizikal atau aset infrastruktur, aset lembut perbandaran termasuk permit, lesen, penguatkuasaan kod, hak-jalan dan lain-lain aktiviti kerja berkenaan tanah adalah merupakan asset awam berkait dengan tanah yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Aset awam ini menduduki tempat yang sama seperti asset awam di dalam atau di atas tanah.

Pembangunan dan perancangan penggunaan tanah adalah satu lagi bidang yang saling berkait dengan aset dan aktiviti kerja kerajaan tempatan yang lain. Pengurusan asset awam adalah istilah yang merangkumi subset pengurusan aset menumpu pada tanah, memandangkan bahawa kepentingan aset awam memberi kesan pada aset awam dan aktiviti kerja yang lain dan merupakan sumber hasil penting dan titik pelbagai interaksi penduduk.